Bagaimana untuk menempah perkhidmatan MyCar?

  1. Buka Apps MyCar untuk menempah.
  2. Pilih jenis kereta yang ingin ditempah (MyCar Now, MyCar Economy, MyCar Premium, MyCar MPV Compact, MyCar MPV Premium atau MyCar Cab).
  3. Masukkan alamat/tempat anda berada.
  4. Tekan “Book now” untuk memaparkan “Destination”
  5. Masukkan alamat/tempat destinasi anda.
  6. Jika anda ingin memberitahu maklumat lanjut tentang tempahan anda, sila tuliskan nota di “Notes to driver”.
  7. Maklumat tempahan seperti jarak, harga serta anggaran masa akan dipaparkan.
  8. Klik pada Cash untuk memilih cara bayaran, di mana ada boleh pilih bayaran Credit/Debit Card atau Cash. Untuk bayaran kad, anda perlu memasukkan maklumat kad anda sebelum tempahan dilakukan.
  9. Klik pada “Request MyCar Now” bila anda bersedia untuk menempah.
  10. Klik Ok dan tunggu untuk pemandu MyCar di sekitar anda untuk menerima permintaan anda (Dispatching).
  11. Setelah permintaan anda diterima oleh pemandu, skrin Driver On The Way akan dipaparkan. Anda boleh menghantar mesej atau telefon pemandu tersebut terus di skrin itu. Anda juga boleh melihat pergerakan pemandu anda dengan menekan butang “Track my ride”.
  12. Apabila anda berada di dalam kereta, status anda akan bertukar menjadi Passenger on Board.
  13. Sekiranya anda mempunyai masalah, anda boleh menekan butang SOS di sebelah bawah kiri untuk mendapat bantuan dari Pusat Khidmat MyCar.
  14. Setelah and sampai di destinasi, status anda akan bertukar ke Dropped Off. Sila buat bayaran kepada pemandu.
  15. Anda boleh memberi rating untuk pemandu tersebut dan juga memberi maklmubalas untuk pemandu tersebut. Tekan butang Done bila selesai.
×
×

Cart